Badrul Hisham A.Aziz stayed up late to complete this 'sajak' for Ibu. The former Hulu Langat Member of Parliament could not hold back emotion when he chokingly delivered his masterpiece.
It was a beautiful composition, so well-written that I just have to reproduced it here.
IBU - Inilah Bingkisan Untukmu
I B U
Inilah Bingkisan Untukmu
IBU
Inilah Buah Usahamu
IBU
Ikhlasmu Bukan Untukmu
Ikhlasmu Bukan Ungkitan
Ikhlasmu Bekalan Untukku
Ikhlasmu Barakah Usiaku
IBU
Ibu Berkhidmat Untukku
Ibu Berjasa Usaha
Ibu Bersimpul Urat
Ibu Berkorban Usia
IBU
Ini Bukan Ungkitan
Ini Bukan Upahan
Ini Bukan Usikan
IBU
Inilah Banggaan Untukmu
Ingat Balasan Untukmu
Indahnya Belaian Unggul
Insaf Bersama Usia
IBU
Inilah Bangsa Usahamu
Ikrar Bantu Umat
Ikut Belaian Unjurmu
Ikut Bicara Urusan
IBU
I B U H A L I M A H
Hendak Aku Limpah Ingatan Menghimbau Awal Hidupku
Henti Air Linangan Imbas Mengenang Asrama Hingar
Harapan Agar Luput Igauan Mengusik Amannya Hidup
Halimah Ada Lipur Interaksi Menyelesai Apa-apa Halangan
IBU
Kaulah ibu dari usiaku 12 tahun
Ibu kandung pergi tanpa kembali sembilan tahun kemudian
Ibulah pengganti umi - hingga kini
Semasa sakit, Ibulah mengheret daku ke HBKL
Tatkala istirehat di Ampang Puteri, Ibulah yang muncul diri
Ibu inilah lah yang menyuap nasi….
Ibu inilah memicit kaki…sedangkan dia sendiri sukar berdiri
Tatkala di puncak jaya usahaku direstui
Doanya sering mengiringi
Mengingatkan daku jangan lupa diri
Bantu rakan-rakan yang kurang menjadi
Akhir bicara daripada anakmu ini
Kasih sayangmu kami hargai
Pesanan dan didikan jadi akujanji
Mustahil kan kami lupai
Biar putus bak tali
IBU TERSAYANG TETAP DI HATI KAMI…………….
PANJANG USIA JUMPA LAGI
Curahan hati LT. KOL (PA) BADRUL HISHAM ABD AZIZ, DPMS, ASa, PhD
Khas untuk Ibu Halimah Karnawi sempena Hari Ibu 9 Mei 2010
Sunday, May 09, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment